Skip to main content

CATATAN 1 - MENGAPA SAYA MENULIS?




Secara jujurnya ingin saya katakan bahawa saya telah lama berhasrat ingin mempunyai web atau blog saya sendiri seterusnya meluahkan segala isi hati dan pengetahuan saya di dalam apa-apa bidang yang saya ketahui. Walaubagaimana pun, saya tidak begitu gagah untuk memulakan penulisan kerana wujudnya perasaan ‘malas’, fed up dan sentiasa berkata ‘nantilah’ yang menghantui diri saya setiap hari. Seolah-olah perkara remeh dilakukan oleh saya setiap hari dianggap perkara amat penting bagi saya sehinggakan azam saya untuk memulakan penulisan di blog telah tertangguh dari hari ke hari sehingga berbulan lamanya.

Namun hari ini, saya akan berusaha mengagahkan diri saya untuk menulis dan menyampaikan segala perkara yang berbentuk ilmiah yang boleh kita kongsi bersama dan saya seperti anda sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan panduan yang membina demi kebaikan bersama. Jika ada kesilapan dan kesalahan, berikan tunjuk ajar. InsyaAllah jika kena dengan gayanya saya akan mengambilnya menjadi sebahagian dari pengetahuan dan amalan saya.

Sesungguhnya kita seringkali didedahkan dengan pelbagai topik mahupun perbincangan yang dibangkitkan setiap hari samada menerusi perbincangan antara rakan-rakan kita, perbualan bersama saudara-mara mahupun dari orang kita tidak kenali yang kita baru berjumpa di pasar malam, di hospital, atau di lain-lain tempat :-), samada ianya berkaitan dengan isu politik, social, ekonomi, keagamaan dan sebagainya dan hasilnya kita akan terpanggil untuk memberikan pandangan dan ulasan di atas perkara yang diperbincangankan itu. Dengan adanya medium baru berupa blog atau wordpress, segala pandangan dan ulasan tersebut akan saya kongsi bersama-sama dengan rakan-rakan dan keluarga dengan harapan mendapat balasan berupa komentar dalam menambah ilmu pengetahuan.

Itu adalah matlamat saya mengapa saya ingin menulis.

Oleh demikian, saya tidak dapat menafikan diri saya ini merupakan sebahagian dari manusia yang tertarik dalam ‘mempromosikan’ diri melalui hujah dan pandangan untuk dikongsi bersama-sama. Semoga dengan usaha ini akan membuahkan kejayaan kepada perkembangan pengetahuan dan perkongsian ilmu.

Salam dari saya

Anuar Safian
Rawang

Comments